Lembaran sejarah SMKBU, Klang bermula
seawal tarikh keramat tahun 1999. Bermula dari tarikh itulah, kerja-kerja
permbersihan dan pembangunan sekolah di tapak seluas lebih kurang 6.4 hektar
dijalankan.
Tapak sekolah ini dahulunya
merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Pembinaan sekolah ini dihentikan selama
2 tahun kerana menghadapi beberapa masalah. Mulai tahun 2004, kerja-kerja pembinaan,
penyelenggaraan dan pembaikan semula diteruskan sehingga selesai pada Disember
2004. Apabila pembinaan selesai pihak kontraktor telah menyerahkan bangunan
sekolah kepada pihak sekolah secara rasmi pada 26 Disember 2004.
Sejarah penubuhan sekolah
Sekolah ini mempunyai sebanyak 5 buah bangunan utama
iaitu blok A, B, C, D, dan E. Terdapat 36 buah kelas untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur
mengambil nama sempena kawasan sekolah ini yang terletak di Bukit Tinggi,
Klang. SMKBU ini dibina untuk menampung pertambahan bilangan pelajar di Bukit
Tinggi dan kawasan sekitarnya seperti Taman Bayu Perdana dan Taman Botanic.
No comments:
Post a Comment